R&R Fishing Trip Semporna, Sabah

  Assalamualaikum, saya Ahmad Shuhaimi selaku admin ingin membawa berita baik untuk semua pemancing-pemancing yang berada di Semenanjung atau luar Semenanjung.. Jika anda sedang mencari lokasi bagi memancing laut dalam inilah masanya pihak kami menawarkan dan menyediakan memancing secara kumpulan atau bersama keluarga..

Di sini, kami ada R&R yang menyediakan perkhidmatan pakej bagi pemancing-pemancing di Semenanjung yang bertujuan untuk memancing dan bercuti bersama keluarga ataupun rakan-rakan.. Pakej ini adalah selama 5 hari 4 malam di Semporna, Sabah.. Antara pakej-pakej yang kami sediakan ialah :

  • chalet (3 bilik)
  • makan & minum (sepanjang trip dijalankan)
  • transport (dari airport Tawau ke chalet)
  • bot untuk memancing 
  • trip jigging dan bottom     
Berikut ialah itinerari sepanjang 5 hari 4 malam :


       Hari Pertama  

    Tiba di airport Tawau, kemudian anda akan menaiki van yang disediakan dan dibawa untuk menikmati makan tengah hari di Restoran Maskur..




Selepas habis menikmati hidangan tersebut anda akan dibawa terus ke chalet dan perjalanannya mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah.. Anda boleh check-in chalet dan memilih trip jigging atau bottom.. Chalet yang disediakan terdapat 3 bilik tidur dan kemudahan-kemudahan yang disediakan sangat lengkap..



      
Hari Kedua ( memancing ) 
     
      Bertolak ke tempat memancing seawal jam 7.30 a.m dan perjalanan dari chalet ke lokasi untuk memancing mengambil masa selama 1 atau 2 jam.. 

bot yang dinaiki untuk memancing 
    Kedalaman air ialah sedalam 120 meter hingga 300 meter


Teknik yang disediakan ialah teknik jigging & bottom.. Masa memancing ialah dari jam 7.30 am hingga 5.30 pm..




Hari Ketiga 

Meneruskan aktiviti memancing.. Keluar seawal jam 7.30 am dan pulang ke chalet pada 12.00 tengahari..                       




Rehat pada 12.00 p.m hingga 2.00 p.m.. Bermula jam 2.00 p.m disediakan aktiviti-aktiviti pantai seperti snorkling, diving dan melawat pulau-pulau seperti pulau Mataking dan lain-lain lagi .






Pada sebelah malam pula, aktiviti yang boleh dijalankan ialah seperti menikmati udara dan barbeque..



 Hari Keempat  

 Aktiviti yang dilakukan pada hari keempat pula ialah melawat tempat yang menarik seperti air terjun , Pekan Tawau dan sebelum balik tidak sah laa kalau tidak membeli cenderahati untuk dibawa pulang ke rumah kan ..





Setelah puas menikmati pemandangan-pemandangan yang cantik, tibalah masa untuk packing barang dan frozenkan ikan untuk dibawa pulang ke rumah.. 





Hari Kelima 

Packing barangan pancing dan hasil tangkapan.. Setelah siap packing, check-out chalet dan penerbangan dari Tawau ke KL ialah pada jam 11.15 a.m..




Maka tamatlah sudah aktiviti selama 5 hari 4 malam..
Anda mesti tertanya-tanya tentang harga yang ditawarkan untuk pakej ini.. 
Jangan risau, harganya sangatlah berbaloi.. Hanya RM 1250 sahaja untuk seorang (Harga tidak termasuk tiket flight untuk pergi dan balik)

Kalau anda berminat, boleh lah hubungi saya di talian 019-4583030 (Ahmad Shuhaimi)


Comments